suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aburizal Bakrie Akui Tanggungjawab Terhadap Surat Kepada Guru

Aburizal Bakrie.
JAKARTA: Pengerusi Parti Golkar, Aburizal Bakrie berkata pada Sabtu bahawa beliau adalah di belakang pengedaran surat kepada guru-guru meminta mereka menyokong calon presiden Prabowo Subianto, media Indonesia melaporkan. 
 
"Ya, itu idea saya. Itu baik bukan?," beliau disebut sebagai berkata oleh portal berita Merdeka.com. 

Aburizal menegasakan pengiriman surat itu tidak harus dianggap mencabuli syarat-syarat berkempen. 
 
"Ia hanya meminta restu rakyat, tidak ada yang istimewa. Mengapa anda tidak dibenarkan memohon restu?," beliau dilaporkan oleh Kompas.com. 

Persekutuan Persatuan-persatuan Guru Indonesia (FSGI) telah melaporkan Prabowo kepada Badan Penyelia Pilihan Raya (Bawaslu) selepas beberapa anggota menerima surat itu. 

Retno Listyarti dari FSGI berkata surat itu melanggar peraturan kempen kerana kempen politik di institusi pendidikan adalah dilarang di bawah undang-undang pilihan raya Indonesia. 

Aburizal Bakrie

Artikel Lain