suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

71 Kanak-Kanak Dikejar Ke Hospital Hidu Karbon Monoksida

MONTREAL: Seramai 71 kanak-kanak di pusat penjagaan Quebec dikejarkan ke hospital pada Selasa akibat keracunan karbon monoksida, menurut pihak berkuasa di Kanada.

Pekerja pusat jagaan harian di Saint-Eustache, yang terletak 45 kilometer (30 batu) dari barat laut Montreal, meminta bantuan selepas mereka dan beberapa kanak-kanak mula muntah dan mengadu sakit kepala yang teruk.

Gejala itu mula dikenal pasti pada kanak-kanak yang pada mulanya disangkakan tanda-tanda selsema oleh kakitangan pusat jagaan harian berekenaan.

Tetapi mereka sedar ada sesuatu yang serius apabila mereka juga mula jatuh sakit, kata menteri kerajaan Quebec Francine Charbonneau pada sidang akhbar. 

"Lima kanak-kanak menunjukkan gejala yang lebih teruk daripada yang lain dan dirawat di hospital manakala yang lain masih di bawah pemerhatian, katanya.

Karbon monoksida boleh menyebabkan sakit kepala, loya dan keletihan.

Pendedahan berpanjangan boleh membawa maut.
racun, karbon monoksida

Artikel Lain