suria

Filem The Notebook Jadi Inspirasi Fotografi Pertunangan Pasangan Kekasih

Cindy dan Jean melakonkan semula adegan dalam filem The Notebook untuk sesi fotografi pertunangan mereka.
PASANGAN kekasih,  Cindy Gauthier dan Jean-Nicola Barile menjadikan beberapa adegan romantik dalam filem kegemaran mereka, The Notebook, sebagai inspirasi untuk sesi fotografi pertunangan mereka.

Jadi daripada minum bersama rakan-rakan dan keluarga, mereka menjadi Rachel McAdams dan Ryan Gosling untuk menghidupkan kembali adegan romantik filem yang ditayangkan pada 2004 itu.

"Pada mulanya saya tidak selesa untuk mengambil gambar sempena majlis pertunangan kami, jadi jurugambar memperkenalkan idea dengan tema tersebut," kata Cindy dari Quebec, Kanada.

Antara babak dalam filem The Notebook pada 2004.


Filem tersebut menunjukkan pasangan muda yang jatuh cinta pada 1940.

"Saya dimaklumkan akan disolek seperti Rachael McAdams - walaupun selepas sesi fotografi itu, orang ramai tetapi memanggil saya Rachael.

"Saya meminjam gaun dari kakak saya untuk sesi fotografi manakala rambut saya didandan oleh rakan saya," katanya.


The Notebook, pertunangan

Artikel Lain