suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH370: Pencarian Masih Tertumpu Di Lautan Hindi - Inmarsat

LONDON: Syarikat telekomunikasi satelit Britain, Inmarsat pada Selasa mendakwa misi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 masih tertumpu di lokasi pesawat tersebut dipercayai terhempas walaupun sekarang operasi terganggu disebabkan isyarat palsu.

Saintis Inmarsat berkata, mereka telah mengira laluan pesawat tersebut dipercayai terbang dan 'hotspot' di selatan Lautan Hindi merupakan lokasi terakhir pesawat tersebut dipercayai berada.

Pesawat tersebut hilang dari radar pada 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa kira-kira 239 penumpang dan anak kapal.

Isyarat ping setiap jam yang dihantar oleh pesawat tersebut yang diterima satelit Inmarsat menyebabkan saintis mengira laluan yang mungkin dilalui MH370.

Kapal tentera laut Australia, Ocean Shield dihantar untuk menyiasat tetapi sebelum sampai ke lokasi tersebut, mula mengesan isyarat yang dipercayai datang dari kotak hitam pesawat berkenaan.

Tempoh pencarian selama dua bulan di kawasan berkeluasan 850 kilometer persegi di dasar laut di barat laut Perth tetapi lokasi dan punca isyarat ping tersebut masih belum ditemui.

Malah, kenderaan dalam air automatik (AUV) tidak menjumpai sebarang bukti atau serpihan dari pesawat tersebut.

"Ini bermaksud tiada lokasi yang realistik tetapi ia mungkin berada jauh ke utara timur berbanding kawasan pencarian sedia ada," kata Chris Ashton dalam program Horizon di stesen televisyen BBC.


Horizon, MH370, MAS, Inmarsat

Artikel Lain