suria

Guru Tumbuk Pelajar Digantung Tugas

Siasatan dalaman dilakukan di Sekolah St Cyres di South Wales berhubung dakwaan seorang guru lelaki menumbuk seorang pelajar.

SEORANG guru digantung tugas selepas didakwa menumbuk seorang pelajar di dalam kelas.

Satu siasatan dalaman telah dilakukan berhubung insiden itu mengatakan bahawa ia melibatkan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun di Sekolah St Cyres di Penarth, South Wales.

Pelajar itu dikatakan berkelakuan buruk semasa sesi pembelajaran pada Khamis, lapor WalesOnline.

Wakil rakyat Vale of Glamorgan, Christopher Elmore berkata: "Kami mengesahkan seorang kakitangan di Sekolah St Cyres di Penarth telah digantung tugas berikutan insiden yang berlaku pada 12 Jun.

"Polis menyiasat berhubung insiden itu dan pegawai majlis perbandaran sedang bekerjasama bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa pihak berkuasa Vale of Glamorgan telah melaksanakan siasatan dalaman di sekolah berkenaan.

Seorang jurucakap bagi Polis South Wales berkata: "Satu dakwaan telah dibuat terhadap seorang guru lelaki dan kita sedang melakukan siasatan berhubung perkara itu." - mirror.co.uk

Artikel Lain