suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tentera Iraq Siap Sedia Lancar Serangan Balas Terhadap Militan

BAGHDAD: Pasukan keselamatan Iraq bersedia untuk melancarkan serangan terhadap militan di utara Baghdad berikutan ‘kuasa tidak terhad’ yang diberikan kabinet kepada perdana menterinya. 

Pegawai tinggi tentera di Samarra, kira-kira 70 kilometer dari Baghdad mengesahkan bahawa bantuan polis persekutuan dan tentera tiba Jumaat lalu. 

Bantuan keselamatan itu adalah untuk kawasan di utara termasuk Dur dan Tikrit yang ditawan militan minggu ini. Pegawai berkenaan menyatakan pihak tentera sedang menunggu arahan untuk melancarkan serangan. 

Perdana Menteri, Nuri al-Maliki juga berada di Samarra untuk mesyuarat keselamatan semalam. 

Beliau menggesa semua rakyat Iraq supaya menentang pencerobohan itu.

serangan militan

Artikel Lain