suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa Rickie Lambert Dipecat Kerana Pecahkan Mesin Kopi

BAPA kepada bintang bola sepak England, Rickie Lambert dipecat hanya beberapa hari sebelum anaknya itu beraksi di Piala Dunia 2014.

Ray Lambert, 54, dipecat serta-merta selepas beliau secara tidak sengaja merosakkan panel kaca sebuah mesin layan diri ketika mahu membeli secawan kopi berharga £1 (RM4.30).

Bapa kepada tiga orang anak itu yang merupakan seorang pekerja gudang di pusat pengedaran pakaian gergasi, Matalan di Knowsley, Merseyside, diiringi pengawal keselamatan bagi meninggalkan premis berkenaan.

Matalan berkata, ia merupakan kesalahan besar kerana bertindak kasar hingga menyebabkan kerosakan teruk.

Bekas rakan sekerjanya yang tidak mahu namanya disiarkan berkata: "Untuk memecat Ray, ia adalah sesuatu yang remeh dan menyedihkan."

Bagaimanapun Ray enggan mengulas mengenai pemecatannya.
Ray Lambert, Rickie Lambert

Artikel Sebelum

Artikel Lain