suria

Peranti Disangka Bom Ditemui Dekat Stesen Keretapi London

Stesen Keretapi Victoria di tengah kota London. Foto Daily Mail

SALAH satu daripada stesen keretapi yang paling sibuk di tengah kota London melakukan pemindahan kecemasan apabila jurubina mendakwa mengesan sebuah bom yang masih belum meletup di sebuah jalan berhampiran stesen itu pada pagi Selasa.

Bagaimanapun, peranti tersebut bukan daripada sisa pengeboman yang berlaku semasa Perang Dunia Kedua, tetapi sebaliknya hanya merupakan kanister gas terbuang yang ditemui oleh pekerja di Peabody Avenue di Pimlico, tidak jauh daripada stesen pengangkutan utama itu,

Seorang jurucakap Polis Pengangkutan British (BTP) berkata, tiada kereta api yang bergerak atau memasuki stesen itu dan satu pemindahan dilakukan.

Beliau menambah: "Pegawai-pegawai Polis Pengangkutan British menghubungi stesen utama London Victoria pada pukul 10.36 pagi Selasa (6.36 petang waktu Malaysia) selepas dipercayai mengesan terdapat satu benda yang mencurigakan di satu lokasi berhampiran stesen berkenaan.

"Peranti itu kemudiannya ditemui oleh pekerja penyelenggaraan di satu lokasi di Jalan Vauxhall Bridge dan polis menutup kawasan berkenaan bagi membolehkan unit kecemasan melakukan penyiasatan.

"Waktu perjalanan sebahagian kereta api terpaksa ditunda dan dibatalkan di Victoria sementara siasatan dilakukan," katanya.

Lebih 74 juta penumpang keluar dan masuk di stesen Victoria yang merupakan kedua stesen paling sibuk di London selepas Waterloo, antara April 2010 dan Mac 2011. - Daily Mail


Artikel Lain