suria

Serangan Di Karachi: Taliban Pakistan Mengaku Bertanggungjawab

Serangan di Lapangan Terbang Jinnah yang mengakibatkan 21 nyawa melayan malam Ahad.
MIRANSHAH: Taliban Pakistan akhirnya mengaku bertanggungjawab atas serangan di Lapangan Terbang Jinnah, Karachi dan mendakwa ia sebagai membalas dendam kematian ketuanya, Hakimullah Mehsud.

Mehsud terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat pada November lalu.

“Kami melancarkan serangan di lapangan terbang Karachi sebagai membalas dendam kematian Hakimullah Mehsud,” kata jurucakap kumpulan militan itu.

Shahidullah Shahid yang bercakap bagi pihak Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) berkata, pergerakan itu juga menolak tawaran kerajaan Pakistan untuk mengadakan rundingan damai.

Sebaliknya, beliau berkata, pihaknya berjanji akan melakukan beberapa lagi serangan pada masa depan.

“Pakistan menggunakan rundingan damai sebagai alat perang, ia sudah membunuh ratusan mereka yang tidak berdosa, termasuk kanak-kanak dan wanita.

"Ini adalah serangan pertama kami sebagai membalas dendam kematian Hakimullah Mehsud,” katanya.

Dalam kejadian malam Ahad, serangan di lapangan terbang itu mencatat kematian mencecah 21 orang membabitkan 10 anggota militan, manakala 11 lagi adalah anggota pasukan keselamatan dan dua orang awam.

Dalam serangan yang berlarutan selama lebih enam jam itu, anggota tentera terpaksa bertempur dengan militan yang memulakan serangan.

Situasi di kawasan sekitarnya bagaimanapun kembali terkawal  menjelang subuh.

Dalam kejadian itu, letupan dan tembakan berlarutan membabitkan penyerang yang berpakaian lengkap ala tentera.


Artikel Berikut

Artikel Lain