suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Jurutera Belanja RM699,000 Ubah Suai Boeing 727 Jadi Rumah

Campbell duduk di kokpit Boeing 727 yang dijadikan tempat tinggalnya.

SEORANG lelaki sanggup membelanjakan kira-kira 130,000 pound (RM699,000) semata-mata untuk mengubah pesawat Boeing 727 menjadi sebuah tempat tinggal yang menarik.

Katanya, beliau mengambil keputusan tersebut sebagai satu usaha untuk menyelamatkan pesawat itu daripada dijadikan besi buruk.

Bruce Campbell, dari Portland, Oregon, menghabiskan tempoh hampir setengah tahun tinggal di dalam pesawat tersebut yang masih memiliki kokpit.

Ruang tempat tidur Campbell di dalam pesawat tersebut.

Bekas jurutera elektrik berusia 64 tahun itu pada asalnya merancang untuk membina rumah dari van pengangkut di tanah berkeluasan 10 ekar.

Namun, dia kemudiannya mengubah fikiran dengan menjadikan pesawat sebagai tempat tinggalnya.

"Matlamat hidup saya adalah untuk mengubah tingkah laku manusia supaya meminat bidang ini," katanya.

pesawat, Boeing 727, rumah

Artikel Sebelum

Artikel Lain