suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Penunjuk Perasaan Kurdish Maut Ditembak Tentera Turki

Penunjuk perasaan puak Kurdish membaling molotov cocktail ke arah tentera Turki.
LICE: Dua penunjuk perasaan puak Kurdish maut akibat terkena tembakan dalam pertempuran dengan tentera Turki di tenggara negara itu.

Ramazan Baran, 24, dan Abdulbaki Akdemir, 50, meninggal dunia di hospital selepas mengalami kecederaan teruk dalam pertempuran itu.

Beberapa penunjuk perasaan puak Kurdish bertempur dengan anggota tentera kerana berang dengan rancangan kerajaan untuk membina kem tentera di daerah Lice dalam wilayah majoriti puak Kurdish di Diyarbakir.

Tiga orang termasuk dua anggota tentera dirawat di hospital selepas penunjuk perasaan melepaskan tembakan, melemparkan batu dan bunga api ke arah pasukan keselamatan. 

Saksi memberitahu anggota tentera Turki menembak peluru hidup semasa pertempuran itu.

Ketegangan semakin meruncing di Lice sejak penunjuk perasaan menyekat satu jalan raya dua minggu lalu sebagai membantah pembinaan markas tentera di Diyarbakir.

Tindakan itu dilihat sebagai ancaman terhadap proses damai yang dimulakan pada 2012 antara kerajaan dan Parti Pekerja Kurdish (PKK) yang diharamkan.

Kurdish, maut, Turki

Artikel Lain