suria

Anak Pele Dihukum Penjara 33 Tahun

Edinho
SAO PAULO: Mahkamah Brazil menjatuhkan hukuman penjara 33 tahun ke atas Edinho, anak lelaki lagenda bolasepak, Pele kerana kesalahan pengubahan wang haram membabitkan kes penyeludupan dadah.

Edinho atau nama sebenarnya Edson Cholbi do Nascimento menafikan dakwaan terhadapnya berhubung kes berkenaan.

Bekas penjaga gol Santos, kelab yang pernah diwakili bapanya pada 1990 an itu ditahan pada 2005 dan dibebaskan sehingga permohonan rayuan dikemukakan.

Beliau yang kini menjadi jurulatih penjaga gol di kelab sama turut menafikan bekerjasama dalam kegiatan penyeludupan dadah dengan kumpulan yang diketuai Ronaldo "Naldinho" Duarte Barsotti.

Berusia 43 tahun, Edinho bagaimanapun mengakui menagih dadah dan mendapatkan bekalan daripada kumpulan itu.

Mahkamah Jenayah Praia Grande turut menjatuhkan hukuman sama terhadap beberapa defendan dan memerintahkan supaya semua harta dirampas termasuk kira-kira 100 kereta.

Anak ketiga Pele itu dikenakan hukuman bersama empat lain, termasuk Barsotti.


 

Artikel Lain