suria

PBB Gesa Segerakan Pilihan Raya Presiden Lubnan

Bekas Presiden Lubnan, Michel Sleiman.
AMERIKA SYARIKAT: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan 'kekecewaan dan kebimbangan' berhubung kegagalan mengadakan pilihan raya bagi memilih Presiden Lubnan yang baharu.

Menerusi akuan sebulat suara oleh 15 anggotanya, PBB menggesa Parlimen negara itu menegakkan sistem demokrasi dan berusaha agar pilihan raya presiden dapat diadakan secepat mungkin dan tanpa campur tangan luar.

Sejak dua bulan lalu, Parlimen Lubnan mengadakan lima kali cubaan untuk memilih seorang pengganti kepada Presiden Michel Sleiman.

Bagaimanapun usaha itu gagal kerana kekurangan korum.

Penggal Sleiman tamat pada 25 Mei lalu.

Menurut majlis itu lagi, mereka mengulangi sokongan penuh kepada kerajaan Lubnan melaksanakan tugasnya dalam tempoh interim ini.

Artikel Lain