suria

Tentera Thailand Minta Kerjasama Facebook, Google Perketat Penapisan

BANGKOK: Tentera junta Thailand akan menghantar pegawai-pegawai ke Singapura dan Jepun dalam masa beberapa hari lagi dalam usaha mendapatkan penapisan media sosial yang lebih ketat dari Facebook, Google Inc dan talian khidmat pesanan segera Line, kata jurucakap kerajaan, Khamis.

Tentera telah berusaha untuk menyekat kritikan mengambil alih pemerintahan kerajaan pada 22 Mei, menahan ahli-ahli politik dan menyekat media cetak, radio dan penyiaran.

Tetapi pihak berkuasa juga telah berusaha untuk mengawal aktiviti dalam talian, di mana pengguna telah menggunakan media sosial untuk menganjurkan bantahan.

Junta telah memberi amaran tentang penyebaran yang difikirkannya sebagai bahan provokatif di media sosial dan meminta pembekal perkhidmatan untuk membantu mengetatkan penapisan.

"Kami mahu berbincang dengan mereka secara tidak rasmi," penasihat kepada setiausaha tetap Kementerian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pisit Pao -In pada sidang akhbar, Khamis.

"Kita tidak meminta mereka untuk memasang apa-apa perisian tambahan. Kami hanya meminta mereka untuk membantu penapisan kandungan."

Pegawai-pegawai perlu pergi ke sana kerana ketiga-tiga syarikat itu tidak mempunyai wakil di Thailand untuk mengadakan perbincangan katanya selepas bermesyuarat dengan pembekal perkhidmatan Internet (ISP) di Bangkok.

Lebih daripada 100 laman web telah disekat sejak rampasan kuasa, katanya.

Polis, ICT, agensi perisikan dan pengawal selia berkerjasama untuk memantau laman web, katanya.

Pengguna Thai pada Rabu cemas apabila kementerian menyekat akses Facebook. Bagaimanapun, tidak jelas mengapa laman itu disekat.

Kerajaan tidak bercadang untuk menyekat akses kepada 24 juta pengguna Facebook di Thailand, kata Pisit.
Thailand, tentera

Artikel Lain