suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

205 Maut Letupan Lombong Arang Batu

SOMA (Turki): Sekurang-kurangnya 205 pekerja sebuah lombong arang batu terbunuh manakala ratusan lagi cedera selepas berlaku letupan dan kebakaran di barat Turki.

Dalam kejadian di Bandar Soma, Wilayah Manisa itu, seramai 20 daripada pekerja berjaya diselamatkan manakala 200 hingga 300 lagi dipercayai terperangkap di kawasan yang berlaku letupan dan kebakaran.

Datuk Bandar Manisa, Cengiz Ergun berkata, daripada 600 pekerja lombong yang sedang bekerja, seramai 157 telah disahkan mati manakakala 75 lagi mengalami kecederaan.

"Mengikut laporan awal, jumlah kematian adalah seramai 17 orang, tetapi angka itu meningkat secara mendadak selepas operasi menyelamat dilakukan.

Saluran televisyen NTV melaporkan, kejadian berlaku kira-kira 2 kilometer ke dalam lombong.

Turki

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain