suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Analisis Data Pencarian Terbaik - JACC

CANBERRA: Laporan terkini serta analisis data pencarian yang dilakukan dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 adalah yang terbaik setakat ini. 

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston pada sidang media bersama selepas mengadakan rundingan tiga pihak antara Malaysia, China dan Australia, di Canberra, pada Isnin. 

Houston berkata, sehingga kini sebanyak 3,137 jumlah penerbangan udara sudah dilakukan oleh pasukan mencari di Lautan Hindi. 

Sementara itu, Houston berkata, JACC akan berpindah dari Perth ke Canberra, namun pusat operasi mencari masih beroperasi di Perth. 

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss, berkata kawasan pencarian sudah meliputi sehingga 4.6 juta kilometer persegi di Lautan Hindi setakat ini. 


Artikel Sebelum

Artikel Lain