suria

Kos Sara Hidup Di Jakarta Tinggi - Firma Penyelidikan

Kos sara hidup di Jakarta didapati lebih tinggi berbanding Bangkok, Hong Kong dan New York. Foto AFP

JAKARTA: Kos sara hidup di ibu negara Indonesia, Jakarta dianggap sangat tinggi berbanding bandar raya utama lain di dunia, menurut kajian baru-baru ini oleh sebuah firma penyelidikan pasaran. 

Pengurus Negara Ipsos Business Consulting Indonesia, Domy Halim berkata, berdasarkan kaji selidik terbaharu syarikat itu pada hujung Februari lepas, kos sara hidup di Jakarta didapati lebih tinggi berbanding Bangkok, Hong Kong dan New York.

Kaji selidik itu membandingkan peratusan wang yang dibelanjakan oleh penduduk Jakarta terhadap beberapa produk dan keperluan gaya hidup seperti kopi, makan di luar, sambungan internet jalur lebar, tiket wayang dan telefon pintar antara lain.

Satu cawan minuman panas di sebuah kedai kopi boleh mencecah harga sehingga AS$2.88 (RM9.30) di Jakarta.

"Angka ini mewakili 1.12 peratus daripada pendapatan purata penduduk. Di Hong Kong, penduduknya membelanjakan 0.28 peratus daripada pendapatan purata mereka terhadap barangan serupa.

"Bagaimanapun, persepsi rakyat sama ada sesuatu produk itu mahal atau tidak juga bergantung kepada status sosioekonomi mereka," kata Domy.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain