suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis China Rampas Beribu Senjata Api & Pisau

BEIJING: Polis China berjaya merampas lebih 15,000 senjata api dan 120,000 bilah pisau daripada sindiket senjata haram termasuk menahan 15 suspek.

Kesemua senjata itu diperolehi selepas mereka menjalankan siasatan selama empat bulan iaitu yang terbesar yang pernah dirampas dalam sejarah moden negara itu.

Polis memperolehi maklumat mengenai sindiket senjata haram itu selepas menyiasat satu kes rompakan di Guiyang, ibu negeri wilayah Guizhou.


Mereka berjaya menjejaki sumber senjata yang digunakan dalam rompakan itu kepada satu kumpulan gangters yang terdiri daripda satu keluarga di wilayah Hunan yang berselindung di sebalik nama sebuah kilang.

"Kilang" ini pula mengawal beberapa gudang yang menjadi tempat penjualan senjata dan pisau haram ini.

Keluarga ini mengawal kawasan seluas 27 wilayah dan perbandaran.

Pemilikan senjata peribadi adalah diharamkan di China dan pisau turut diklasifikasikan sebagai barang kawalan.

China, Guizhou, Hunan

Artikel Lain