suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua Kartel Dadah Mexico Knights Templar Ditembak Mati

MEXICO CITY: Pasukan keselamatan Mexico pada Isnin menembak mati ketua kartel dadah Knights Templar, tiga minggu selepas seorang lagi ketua kumpulan itu ditembak mati, kata seorang pegawai kepada AFP.

Dia yang dikenali sebagai Enrique "Kike" Plancarte terbunuh di negeri Queretaro di tengah-tengah bandaraya Mexico, kata seorang pegawai kerajaan dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Pegawai itu menolak untuk memberikan maklumat lanjut.

Plancarte dianggap sebagai salah seorang daripada tiga pemimpin tertinggi kumpulan Knights Templar, yang berpangkalan di barat negeri Michoacan dan berada di bawah tekanan dari kuasa-kuasa persekutuan selama beberapa bulan.

Kematiannya itu adalah selepas pengasas Knights Templar, Nazario Moreno, atau lebih dikenali sebagai "El Chayo," telah dibunuh oleh tentera di Michoacan pada 9 Mac.

Laporan kematian Moreno tiga tahun lalu adalah tidak benar meninggalkan rakannya "La Tuta" Gomez dilihat sebagai pemimpin kumpulan itu.

Gomez adalah seorang bekas guru sekolah bekas masih bebas.
kartel dadah, Mexico

Artikel Lain