suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jokowi Bukan Calon Presiden Boneka - Megawati Sukarnoputri

Megawati Sukarnoputri.
JAKARTA: Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P), Megawati Sukarnoputri menegaskan Joko Widodo atau Jokowi bukan calon presiden boneka.

Sebaliknya, beliau berkata Jokowi dipilih oleh PDI-P untuk bertanding jawatan presiden pada Pemilihan Umum (Pemilu) 2014 kerana Gabenor Jakarta itu seorang tokoh yang memiliki keupayaan memimpin Indonesia. 

"Pak Jokowi orang yang tahu mana salah dan benar. Dia punya keupayaan baik sehingga layak memimpin. Sekali lagi, Pak Jokowi bukan boneka," kata Megawati ketika berucap pada kempen nasional PDI-P di Lapangan Sario, Kota Manado, Sulawesi Utara, Isnin.

Ketua Dewan Pembina parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Prabowo Subianto, seorang lagi calon presiden, dalam kempen politiknya menyeru rakyat Indonesia agar tidak memilih calon presiden boneka, iaitu dua hari selepas PDI-P mengumumkan nama Jokowi sebagai calon mereka pada 14 Mac lepas. 

Walaupun tidak menyebut nama Jokowi secara langsung, kenyataan Prabowo itu disifatkan oleh pemerhati politik merujuk kepada Gabenor Jakarta yang popular itu. 

Menurut pemerhati politik, kenyataan Prabowo itu sebagai terjemahan kekecewaan pemimpin parti Gerindra itu terhadap PDI-P yang dianggap melanggar perjanjian ditandatangani pada 2009.
 
Pada perjanjian tersebut, PDI-P pernah berjanji untuk menyokong Prabowo sebagai calon presiden pada Pemilu 2014. 

Sementara itu, Ketua Dewan Pimpinan Pusat PDI-P, Bambang Wuryanto berkata parti itu tidak akan melayan atau membalas sindiran yang dibuat mana-mana parti politik lawan.
 
Apa sahaja bentuk sindiran daripada mana-mana pihak, ia hanya menguntungkan PDI-P dan Jokowi sendiri, katanya. 


Artikel Sebelum

Artikel Lain