suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Kargo C-130 Tentera Udara India Terhempas Lima Dikhuatiri Terbunuh

Model pesawat kargo Hercules C-130J milik Tentera Udara India yang terhempas di tengah India pada Jumaat.

NEW DELHI: Sebuah pesawat kargo C-130J Hercules milik Tentera Udara India terhempas di tengah India pada Jumaat dikhuatiri mengorbankan kesemua lima anak kapalnya.

Kapten Gerard Galway, dipetik oleh media massa India sebagai berkata, pasukan penyelamat telah pun dikerahkan ke pinggir bandar Gwalior di negeri Madhya Pradesh untuk mencari dan menyelamat.

Bagaimanapun stesen televisyen India, NDTV melaporkan yang kesemua anak kapal pesawat berkenaan telah terkorban.

Pesawat itu dilaporkan dalam penerbangan rutin dan berlepas dari pangkalan udara Agra.

India memiliki enam buah pesawat buatan Amerika itu.

India juga telah menghantar salah sebuah pesawat dari model yang sama dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang di Lautan Hindi baru-baru ini.


C-130J, India

Artikel Lain