suria

Pilihanraya Umum Baharu Tak Jamin Keamanan - Pembangkang Thailand

Pemimpin parti pembangkang utama Parti Demokrat, Abhisit Vejjajiva.

BANGKOK: Langkah Mahkamah Perlembagaan Thailand mengistiharkan pilihan raya umum negara itu pada 2 Februari lalu sebagai tidah sah, tidak akan menjamin keamanan dan berakhirnya konflik, melainkan semua pihak bersetuju untuk menyertai pilihan raya yang baharu dan menerima keputusannya.

Pemimpin parti pembangkang utama Parti Demokrat, Abhisit Vejjajiva berkata semua pihak perlu menghormati keputusan mahkamah yang boleh membuka jalan kepada negara kembali kepada keadaan biasa, namun beliau tidak komited partinya akan menyertai pilihan raya yang baharu.

"Jangan terburu-buru untuk mendapat jawapan. Tolong tanya pihak yang lain tentang kesediaan mereka untuk mengadakan dialog terbuka," beliau memberi respons kepada media apabila ditanya sama ada partinya akan menyertai pilihan raya yang baharu.

Beliau mengaku tidak dapat memberi jawapannya setakat ini.  

Parti itu memboikot pilihan raya pada 2 Februari lalu yang terganggu ekoran tunjuk perasaan antikerajaan yang menyaksikan 28 kerusi tidak mempunyai calon berdaftar dan terpaksa diadakan semula kerana pengundi dihalang daripada mengundi.

Artikel Lain