suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video: Dibungkus Dalam Plastik Untuk Seberangi Sungai

TINDAKAN penduduk sebuah kampung di Vietnam membungkus anak mereka dengan beg plastik ketika menyeberangi sungai semasa musim banjir merupakan satu kaedah diluar pemikiran orang ramai khususnya di negara maju.

Amalan yang menjadi kebiasaan penduduk kampung itu didedahkan sebuah siaran televisyen ketika membuat liputan mengenai tindakan berisiko itu.

Walaupun menyedari mengenai sesuatu yang buruk mungkin boleh berlaku, namun ia dianggap sebagai kaedah terbaik bagi mengelak seragam sekolah pelajar basah.

Bagaimanapun tindakan itu dilihat masih berisiko tinggi jika kumpulan lelaki yang membawa beg plastik untuk menyeberangi sungai tersebut terlepas bungkusan berkenaan dan dibawa arus.

Dalam rakaman video tersebut kelihatan seorang pelajar perempuan mengalami kesesakkan nafas selepas dibungkus di dalam beg plastik berkenaan.





Vietnam, Sungai

Artikel Lain