Lelaki Dakwa Memaku Kepala Sendiri - Dunia | mStar

Lelaki Dakwa Memaku Kepala Sendiri

Imbasan x menunjukkan kedudukan paku yang tertanam di kepala lelaki terbabit.

FUJIAN, CHINA: Seorang lelaki berusia 69 dianggap bertuah kerana masih mampu hidup selepas memaku kepalanya dengan tiga batang paku sepanjang 10 sentimeter setiap satu.

Dalam kejadian yang berlaku tiga bulan lalu itu, lelaki malang yang tidak didedahkan identiti dirinya mengakui memaku kepalanya sendiri walaupun pasukan perubatan percaya perbuatan itu dilakukan oleh individu lain.

Hasil imbasan x juga mendapati paku tersebut tertanam kemas di kepala mangsa bagaimanapun tidak memberikan sebarang kecederaan serius kerana kedudukannya di kawasan selamat.

mstar

Warga emas itu telah menjalani pemulihan sejak tiga bulan lalu di sebuah hospital di Haifeng di sini sebelum dibenarkan keluar dalam keadaan sihat apabila paku berkenaan berjaya dibuang.

Siasatan polis yang dibuat setakat ini juga tidak membawa kepada penahanan warga emas terbabit termasuk individu lain yang dipercayai mencederakan mangsa.

Kecederaan lelaki terbabit menjadi antara pesakit pelik yang pernah dirawat di hospital berkenaan setakat ini.

Haifeng , Fujian , China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Model Playboy buah hati baharu Neymar