suria

200 Pendatang Sembunyi di Songhkla Dipercayai Etnik Uighur

Kumpulan pendatang asing yang dipercayai Etnik Islam Uighur yang ditahan di Songkhla, Thailand.

BANGKOK: Kerajaan Thailand mendedahkan bahawa seramai 200 orang yang diselamatkan daripada menjadi mangsa penyeludupan manusia baru-baru ini merupakan etnik Islam Uighur.

Etnik Uighur diselamat dan diberi perlindungan oleh komuniti antarabangsa supaya tidak dipaksa untuk pulang ke China.

Mereka yang diselamatkan oleh Polis Thailand itu terdiri daripada 78 lelaki, 60 wanita dan 82 kanak-kanak. Kesemua mereka ditemui bersembunyi di dalam hutan di belakang ladang getah di Songkhla pada Rabu lalu.

"Daripada pengamatan kami, mereka merupakan etnik Uighur, tetapi pengesahan hanya boleh dibuat selepas urusan pengenalan selesai dilakukan," kata Ketua Polis Imigresen Thailand, Jeneral Panu Kerdlarppol.

Polis pada mulanya berkata, kumpulan berkenaan dipercayai warga Turki kerana terdapat sebahagian daripada mereka mendakwa demikian namun ketika Diplomat Turki dan China melakukan lawatan kumpulan berkenaan dilihat enggan bercakap dengan wakil China.

"Selepas mengetahui negara asal mereka kami akan mendakwa kumpulan berkenaan kerana memasuki Thailand secara haram sebelum menghantar pulang," kata Panu.

Etnik Islam Uighur meninggalkan kampung halaman di Xinjiang, China selepas didakwa ditindas oleh kerajaan negara berkenaan.

Etnik Uighur juga didakwa sebagai pemberontak dan pengganas Islam di China sebagai usaha penindasan.


China, Thailand, Uighur, Islam

Artikel Lain