suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Lagi Ditahan Berhubung Kes Wartawan Hong Kong Diserang

Andy Tsang.

HONG KONG: Polis Hong Kong pada Khamis menahan seorang lelaki dan seorang wanita berhubung insiden serangan terhadap seorang wartawan veteran, menjadikan jumlah yang ditahan seramai 11 orang.

Kevin Lau, yang merupakan bekas editor akhbar Ming Pao, diserang oleh dua lelaki yang kemudiannya melarikan diri menggunakan motosikal dalam kejadian yang berlaku pada waktu siang bulan lepas.

“Polis menahan lagi seorang lelaki berusia 55 tahun dan seorang wanita pada hari ini,” kata polis bandar dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa pada Rabu mengumumkan mengenai penahanan sembilan lelaki termasuk dua suspek dari tanah besar China, yang membuat kaitan dengan kumpulan kongsi gelap.

Pesuruhjaya Polis Hong Kong, Andy Tsang memberitahu para pemberita bahawa dua suspek yang mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap itu ditahan di bandar Dongguan, kira-kira 100 kilometer dari sempadan.

Tujuh “sekutu” lagi ditahan di sekitar Hong Kong, katanya.

Lau masih dirawat di hospital berikutan serangan terhadapnya pada 26 Februari lalu, di mana dia diserang sebanyak enam kali di bahagian belakang dan kaki menggunakan pisau mata lebar.

Serangan itu menyebabkan dia mengalami kecederaan termasuk luka sepanjang 16 sentimeter. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain