suria

Dua Petugas Media Filipina Cedera Dalam Letupan Bom

SAUDI AMPATUAN (Filipina): Dua petugas media di stesen televisten Filipina cedera pada Sabtu selepas satu kejadian letupan bom ketika mereka sedang membuat liputan pertempuran antara tentera dan puak pemberontak, kata komander tentera.

Seorang wartawan dan seorang jurukamera di stesen ABC-5 merupakan antara sekurang-kurangnya enam orang awam yang cedera akibat satu bahan letupakan yang meletup di bandar Saudi Ampatuan di selatan pulau Mindanao, kata Kolonel Edgardo Gonzales.

Seramai enam tentera turut cedera dalam letupan itu, tambahnya.

"Pagi ini, pasukan tentera kita dalam rondaan keselamatan, dan ketika itulah mereka terkena dengan letupan bom. Beberapa orang awam dan krew stesen televisyen secara kebetulan berada di situ," kata Gonzales kepada AFP.

Ketua Bahagian Berita ABC05, Luchi Cruz-Valdes berkata, jurukamera Adrian Bulatao mengalami kecederaan serius dengan serpihan bom terkena pada badannya.

"Bulato masih cedera tetapi dalam keadaan sedar," katanya menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata, wartawannya, Jeff Caparas turut cedera tetapi stabil.

"Mereka bernasib baik apabila memakai helmet dan vest perlindungan," kata jurucakap tentera serantau, Kolonel Dickson Hermoso. - AFP

Artikel Sebelum

Tiga Dipenjara Bakar 'Lelaki Gay'

Artikel Berikut

Artikel Lain