suria

14 Maut Dalam Letusan Gunung Berapi Sinabung, Sumatera Utara

Penduduk kampung dan wartawan bersiap sedia untuk melarikan diri sebaik sahaja Gunung Berapi Sinabung di daerah Karo, Sumatera Utara, meletus, Sabtu. -foto AP
Penduduk kampung dan wartawan bersiap sedia untuk melarikan diri sebaik sahaja Gunung Berapi Sinabung di daerah Karo, Sumatera Utara, meletus, Sabtu. -foto AP
Penduduk kampung dan wartawan bersiap sedia untuk melarikan diri sebaik sahaja Gunung Berapi Sinabung di daerah Karo, Sumatera Utara, meletus, Sabtu. -foto AP

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan tiga orang cedera terkena awan panas daripada letusan gunung berapi Sinabung di daerah Karo, Sumatera Utara pada Sabtu.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia menyatakan kesemua mangsa berkenaan yang ditemui setakat ini dalam tiga kejadian letusan dari pukul 10.30 pagi Sabtu, adalah di Desa Sukameriah yang terletak dalam radius hanya 3km dari Gunung Sinabung.

Mereka yang terkorban termasuk beberapa pelajar sekolah menengah, mahasiswa universiti, seorang guru dan seorang wartawan yang pergi ke desa itu untuk melihat keadaan Gunung Sinabung dari jarak dekat.

Pasukan mencari dan menyelamat menemui mangsa-mangsa kejadian itu bergelimpangan di kawasan ladang dan di atas jalan raya. Operasi mencari dan menyelamat diteruskan pada Ahad.

Berikutan aktiviti Gunung Sinabung yang aktif dengan letusan sejak September tahun lalu, pihak berkuasa telah mengeluarkan perintah mewajibkan penduduk dalam kawasan radius 5km dari puncak Gunung Sinabung, berpindah ke pusat-pusat pemindahan, namun sebilangan penduduk tetap pulang ke rumah pada waktu siang untuk meneruskan aktiviti harian dan pulang semula ke pusat pemindahan pada waktu malam.

Ketua Pusat Data Maklumat dan Perhubungan Awam BNPB Sutopo Purwo Nugroho berkata hingga sekarang 18 buah desa masih wajib dikosongkan kerana keadaan di kawasan penempatan mereka adalah berbahaya dan para penduduk belum dibenarkan pulang dari pusat-pusat pemindahan.

Desa itu ialah Sukameriah, Guru Kinayan, Selandi, Berastepu, Dusun Sibintun, Gamber, Kuta Tengah, Dusun Lau Kawar, Ekerah, Simacem, Kutarayat, Sigaranggarang, Kutatonggal, Sukanalu, Kutagugung, Mardinding, Temberun, dan Perbaji. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiga Dipenjara Bakar 'Lelaki Gay'

Artikel Berikut

Artikel Lain