suria

Rakyat Israel Beri Penghormatan Terakhir Kepada Sharon

BAITULMAQDIS: Rakyat Israel pada Ahad memberi penghormatan terakhir kepada Ariel Sharon, bekas perdana menteri yang dianggap kejam dan menjalani kehidupan penuh kontroversi.

Dia meninggal dunia selepas lapan tahun dalam keadaan koma.

Dia bagaimanapun disambut sebagai wira tentera di tempatnya, diiktiraf sebagai seorang ahli politik yang pragmatik di luar negara tetapi dibenci sebagai jenayah yang dahagakan darah oleh rakyat Palestin dan dunia Arab.

Israel mengakui Sharon, yang mati pada usia 85 itu sebagai tokoh utama dalam sejarah negara mereka.

Menjelang pengebumiannya pada Isnin, mayat Sharon akan diletakkan di Knesset atau Parlimen, antara pukul 10 pagi hingga 4 petang waktu tempatan bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir mereka, kata pejabat Perdana Menteri.

Artikel Lain