suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yingluck Umum Pembubaran Parlimen Menjelang Demonstrasi Besar-Besaran

Yingluck mengumumkan pembubaran Parlimen pada pagi Isnin.
Yingluck mengumumkan pembubaran Parlimen pada pagi Isnin.
Yingluck mengumumkan pembubaran Parlimen pada pagi Isnin.

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra pada Isnin mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat kira-kira sejam sebelum penunjuk perasaan antikerajaan berarak ke Rumah Kerajaan.

"Biar rakyat tentukan siapa yang patut mentadbir negara ini," katanya dalam pengumuman menerusi televisyen pagi Isnin yang memeranjatkan banyak pihak.

Beliau menggesa semua parti politik supaya mengambil bahagian dalam pilihan raya yang akan diadakan kelak.

Bagaimanapun, keputusan itu mungkin tidak begitu memuaskan hati pemimpin Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC), Suthep Taughsuban, yang tidak mahu Yingluck mengetuai kerajaan sementara, sebaliknya mahu sebuah majlis rakyat untuk mentadbir negara dalam tempoh sementara itu.

Beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan telahpun berkumpul di sembilan lokasi di ibu negara pagi ini, memburukkan lagi keadaan lalu-lintas di beberapa kawasan.

Sebahagian besar penduduk di ibu negara memilih untuk menaiki bot sebagai kaedah pengangkutan ke tempat kerja atau untuk menyertai tunjuk perasaan itu.

Mereka dijadual mara ke Rumah Kerajaan yang menempatkan pejabat Yingluck kira-kira 9.39 pagi dan dijangka tiba di lokasi tengah hari Isnin, dan di sepanjang jalan mereka mengibarkan bendera Thailand serta membunyikan wisel. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain