suria

Afghanistan, Korea Utara, Somalia Teratas Indeks Rasuah Dunia

BERLIN: Afghanistan, Korea Utara dan Somalia adalah negara paling tertinggi kadar rasuah di dunia, manakala Denmark dan New Zealand hampir 'bersih' daripada gejala berkenaan, demikian hasil kaji selidik tahunan terbaru dikeluarkan Transparency International, pada Selasa.

Di seluruh dunia, hampir 70 peratus negara masih mengalami 'masalah serius' terhadap penjawat awam yang terbabit rasuah dan tiada satupun daripada 177 negara yang terbabit dalam kajian itu tahun ini memperoleh mata pencapaian yang sempurna.

Senarai tahunan yang dikeluarkan Transparency International sering dijadikan indikator kepada parti politik, polis, sistem keadilan dan perkhidmatan awam dalam mengukur kemajuan dan usaha memerangi kemiskinan.

“Rasuah menyebabkan kesan yang banyak kepada orang miskin," ketua penyelidik, Finn Heinrich.

"Itu sebab anda boleh lihat negara yang kedudukannya di bawah. Di antara negara berkenaan, penduduk yang miskin adalah mereka yang menerima kesan terbanyak.

"Negara seperti ini tidak akan terlepas daripada perangkap kemiskinan sekirannya mereka tidak membendung rasuah.

"Antara mereka yang dalam senarai terbawah bagi Indeks Persepsi Rasuah 2013 ialah Syria yang dalam peperangan, termasuk Libya dan Mali yang masih berdepan konflik ketenteraan sejak beberapa tahun lalu," katanya.

Negara paling bawah yang memperoleh mata 10 hingga 19, termasuk Iraq, Syria, Libya, Sudan and Sudan Selatan, Chad, Equatorial Guinea, Guinea-Bissau, Haiti, Turkmenistan, Uzbekistan dan Yemen.

Negara teratas yang memperoleh mata 80 hingga 89, selain Denmark dan New Zealand, ialah Luxembourg, Kanada, Australia, Belanda, Switzerland, Singapura, Norway, Sweden dan Finland. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain