suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

China Lancar Kenderaan Pertama Ke Bulan

BEIJING: China pada Isnin melancarkan kenderaan pertamanya ke bulan, sekali gus menyaksikan kemajuan dalam program angkasa lepasnya.

Ia juga menyaksikan kenderaan ketiga seumpama itu dilancarkan selepas Amerika Syarikat dan bekas Kesatuan Soviet.

Roket Chang’e-3 yang membawa kenderaan berkenaan yang dinamakan sebagai Jade Rabbit dilancarkan tepat jam 1.30 pagi waktu tempatan.

Imej pelancaran roket berkenaan disiarkan secara langsung oleh badan penyiar rasmi, CCTV dari Pusat Satelit Angkasa Lepas Xichang di barat daya negara itu.

Kenderaan khas itu dijadual mendarat di bulan pertengahan bulan ini.

Program yang diketuai angkatan tentera China itu bermatlamat untuk mewujudkan stesen angkasa lepas kekal menjelang 2020 dan merancang untuk menghantar manusia ke bulan.

Kenderaan itu diberi nama Jade Rabbit atau “Yutu”, yang dipilih oleh 3.4 juta pengundi berdasarkan tinjauan pendapat menerusi online. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain