suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penunjuk Perasaan Runtuh Penghadang Di Rumah Kerajaan

BANGKOK: Beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun di hadapan pintu pagar utama Rumah Kerajaan pagi Ahad dalam usaha mereka menduduki pejabat Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.

Pada kira-kira 11.50 pagi, mereka mula meruntuhkan penghadang di hadapan Rumah Kerajaan dan sekurang-kurangnya dua tabung gas pemedih mata dilempar ke arah penunjuk perasaan oleh pasukan keselamatan.

Tindakan kumpulan itu untuk menduduki Rumah Kerajaan dijangka menimbulkan ketegangan dan meletakkan pasukan keselamatan dalam keadaan lebih tertekan.

Malam Sabtu, seorang terbunuh selepas cedera akibat tembakan apabila beratus-ratus orang menyerang bas dan teksi untuk menghalang mereka yang ingin menyertai Baju Merah, kumpulan yang menyokong kerajaan, berkumpul di Stadium Ratchmangala di sini. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain