suria

Penasihat Tentera Rusia Ditembak Mati Di Yaman

SANAA: Seorang lelaki bersenjata yang tidak dikenali menembak mati seorang penasihat tentera Rusia pada Selasa.

Lelaki itu turut mencederakan seorang lagi penasihat tentera di ibu negara Yaman, kata pegawai keselamatan.

Dua lelaki bersenjata yang menunggang motosikal melepaskan tembakan kepada kedua-dua mereka yang bertugas sebagai penasihat kepada tentera Yaman, di selatan Sanaa sebelym melarikan diri. - AFP

Artikel Lain