suria

Mesir Usir Duta Turki

KAHERAH: Mesir mengumumkan pengusiran duta Turki ke negara ini, kemelut terbaharu hubungan diplomatik kedua negara yang bermula selepas tentera menggulingkan bekas Presiden, Mohammed Mursi pada Julai lalu.

Keputusan Kaherah menghantar Duta Turki, Huseyin Avni Botsali kembali ke negaranya adalah sebagai reaksi kepada ucapan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan Khamis lalu yang mengkritik tindakan pihak berkuasa Mesir ke atas penyokong Mursi.

Sementara itu, Kementerian Luar Turki berkata, mereka akan mengambil tindakan serupa seperti mana yang dilakukan Mesir. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain