suria

Kerajaan Filipina Sahkan Angka Korban Mangsa Taufan Haiyan Melebihi 5,200

MANILA: Bilangan yang disahkan terbunuh akibat taufan kuat melanda Filipina pada Jumaat melepasi angka 5,200, kata kerajaan, menjadikannya salah satu bencana alam yang dahsyat di negara ini.

Angka kematian rasmi akibat taufan melonjak sebanyak hampir 1,200 kepada 5,209, dengan 1,611 orang lagi masih hilang, kata jurucakap bagi pengurusan majlis bencana kerajaan, Reynaldo Balido kepada AFP.

Taufan Haiyan melanda berpuluh-puluh bandar di seluruh bahagian tengah Filipina pada 8 November, membawa beberapa tiupan angin kuat yang pernah dicatatkan.

Reynaldo berkata angka kematian meningkat dengan mendadak pada Jumaat, meningkat dari 4,015 selepas pegawai melaporkan bilangan mayat dari masyarakat di luar kawasan paling teruk terjejas.

"Jika anda perasan, tidak ada banyak pergerakan dalam kadar kematian untuk beberapa hari yang lalu. Ini kerana peraturan laporan memerlukan laporan mangsa yang ditandatangani oleh Datuk Bandar dan pegawai kesihatan," katanya.

"Kini, laporan diperolehi dari kawasan taufan keseluruhan."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain