suria

11 Askar Mesir Maut Dalam Serangan Bom di Sinai

KAHERAH: 11 askar Mesir terbunuh apabila sebuah bom kereta meledak di Sinai dalam siri serangan terbaru susulan penggulingan Presiden Mohamed Morsi.

Semua mangsa maut di tempat kejadian apabila kereta berkenaan meletup ketika bas yang membawa askar berkenaan melalui Bandar El-Arish, ibu negeri Sinai.

Di utara Kaherah pula, satu letupan kecil yang diletakkan di sebuah pos pemeriksaan menyebabkan empat anggota polis cedera.

Kejadian bom di Sinai itu juga menyebabkan 34 lagi askar cedera. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

16 Cedera Rusuhan di Mesir

Artikel Lain