suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ekonomi Thai Saksi Pertumbuhan Perlahan Dalam Suku Ketiga

BANGKOK: Ekonomi Thailand dijangka berkembang pada rentak perlahan dalam suku ketiga berbanding suku kedua ekoran peningkatan hutang isi rumah yang pantas dan pengurangan langkah-langkah kerajaan untuk merancakkan penggunaan.

Amonthep Chawla, Naib Presiden Penyelidikan Ekonomi dan Pasaran Kewangan, Pejabat Penyelidikan CIMB Thai Bank berkata orang ramai dan pelabur akan kecewa dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar suku ketiga.

Beliau berkata pertumbuhan ekonomi turut terjejas oleh kelembapan eksport, dan sekiranya situasi ini berterusan, ia akan memberikan impak kepada keyakinan pelabur.

Bagaimanapun, beliau berkata ekonomi Thai akan pulih dalam suku akhir tahun ini, disokong oleh lantunan semula dalam eksport dengan pemulihan ekonomi global.

Dalam suku kedua, ekonomi Thailand berkembang 2.8 peratus, lebih rendah berbanding 5.4 peratus yang dicatatkan dalam suku pertama. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain