suria

Arab Saudi Tolak Kerusi Majlis Keselamatan PBB

NEW YORK: Arab Saudi secara rasmi memberitahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu bahawa pihaknya tidak menerima keanggotaan kerusi Majlis Keselamatan badan dunia itu, sekali gus ia mungkin diambil oleh Jordan.

Wakil Khas Arab Saudi ke PBB, Abdullah al-Mouallimi menulis surat kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon bagi memaklumkan perkara itu dan ini menjelaskan tindakan tegas negara itu memprotes cara PBB bertindak terhadap konflik Syria.

Jurucakap PBB, Martin Nesirky mengesahkan mengenai penerimaan surat berkenaan mengenai kedudukan Arab Saudi terhadap keanggotaannya dalam Majlis Keselamatan.

Arab Saudi memenangi keanggotaan kerusi Majlis Keselamatan buat kali pertama bulan lalu.

Namun sehari selepas itu, Kerajaan Arab Saudi mengejutkan badan dunia itu dengam mengumumkan ia tidak menganggotainya. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain