suria

Volkswagen Panggil Balik 800,000 Model Tiguan Kerana Masalah Fius

BERLIN: Volkswagen mengeluarkan satu notis untuk memanggil balik 800,000 kenderaan model Tiguan di seluruh dunia untuk menggantikan fius yang bermasalah yang boleh menyebabkan lampu kereta gagal menyala.

Pembuat kereta Jerman itu berkata, penggantian komponen bermasalah itu hanya akan mengambil masa beberapa minit dan kenderaan yang diberi tumpuan ialah model keluaran yang bermula pada 2008 dan pertengahan 2011.

Syarikat yang berpangkalan di Wolfsburg itu juga memanggil balik secara sukarela pemilik model Tiguan yang mempunyai tujuh kelajuan dengan dua kotak gear.

Ini kerana model berkenaan boleh mengalami kerosakan fungsi elektrik ketika panas terutama sekiranya minyak sintetik pada kota gear digunakan di negara beriklim panas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain