suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu Nuklear Iran: Obama Hubungi Netanyahu

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, selepas pemimpin Yahudi itu mengkritik Washington berhubung rundingan antara Iran dan negara kuasa dunia itu bagi menghentikan program nuklear Teheran.

Panggilan telefon itu menunjukkan cubaan Obama untuk meredakan rasa kurang senang berhubung perjanjian itu dalam kalangan sekutu AS di Asia Barat, termasuk Arab Saudi serta bantahan daripada pembangkang terhadap rancangan itu.

"Presiden menerangkan perkembangan semasa perjanjian itu kepada Perdana Menteri (Netanyahu) dan menggariskan komitmennya bagi menghalang Iran daripada mempunyai senjata nuklear, yang merupakan matlamat rundingan tersebut," kata White House.

Tambah kenyataan itu, mereka bersetuju supaya 'terus lebih dekat dalam isu tersebut'.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain