suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Satelit GOCE Terhempas Ke bumi Minggu Depan - Saintis

Satelit penyelidikan GOCE milik Agensi Penyelidikan Angkasa Eropah (ESA
Satelit penyelidikan GOCE milik Agensi Penyelidikan Angkasa Eropah (ESA
Satelit penyelidikan GOCE milik Agensi Penyelidikan Angkasa Eropah (ESA

BERLIN: Agensi Penyelidikan Angkasa Eropah (ESA) berkata satu satelit penyelidikan GOCE miliknya akan jatuh dan terhempas ke bumi pada malam Ahad atau Isnin ini, namun serpihannya tidak membawa kepada sebarang kemalangan jiwa.

Saintis agensi itu berkata, satelit seberat 1,100 kilogram itu sudahpun jatuh pada paras altitut 170 kilometer dari kedudukan asalnya dan ketika ini sedang menjunam ke bumi.

"Sebaik ia mencapai altitut 80 kilometer, satelit pemantau bumi itu akan mula berkecai dengan satu perempat bahagiannya akan terbakar di atmosfera," kata agensi itu pada Sabtu.

Satelit GOCE dilancarkan pada 2009 untuk melakukan operasi pemetaan bumi dan satelit itu kehabisan sumber tenaga, sekali gus mengakhiri misi berkenaan.

Artikel Lain