suria

Jumlah Penduduk Britain Meningkat 10 Juta Orang Menjelang 2037

LONDON: Britain harus menampung sekurang-kurangnya 10 juta lagi penduduk dalam tempoh 25 tahun akan datang ekoran lambakan dan kadar kelahiran yang tinggi di kalangan imigran.

Menurut anggaran yang dibuat oleh kerajaan, jumlah penduduk Britain menjelang 2037 dijangka berjumlah 73.3 juta orang.

Punca utama pertambahan jumlah penduduk ini adalah kerana penghijrahan besar-besaran masyarakat Eropah Timur khususnya dari Poland ke Britain kerana tawaran pekerjaan yang menarik dan lumayan.

Pihak kerajaan tidak berkuasa untuk menghalang kemasukan pekerja asing dari negara anggota Kesatuan Eropah kerana dasar pintu terbuka kepada semua negara anggota tanpa sekatan imigresen dan pekerjaan.

Jumlah kemasukan pekerja asing ke Britain dijangka akan meningkat menjelang tahun hadapan apabila sekatan bekerja ke atas warga Romania dan Bulgaria ditarik balik.

Ini bermakna England yang sudahpun tercatat sebagai negara paling padat di Eropah memerlukan beberapa bandar raya yang lebih besar dari London untuk menampung keperluan penduduknya.

Sementara itu menurut Jabatan Perangkaan Negara, jumlah penduduk dengan kadar umur lebih 100 tahun akan mencecah years old 110,000 orang menjelang tahun 2037.

Manakala jumlah mereka yang berumur 80 tahun dan ke atas akan meningkat kepada enam juta orang pada tahun yang sama.

Artikel Sebelum

Taufan Haiyan Landa Filipina

Artikel Berikut

Artikel Lain