suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekalan Elektrik Di Genting Gaza Terputus

BANDAR GAZA: Masalah bekalan minyak menyebabkan bekalan elektrik terputus di seluruh Genting Gaza, Jumaat.

Timbalan Pengerusi Jabatan Tenaga Fathi el-Sheikh Khalil berkata, pihaknya terpaksa menghentikan operasi loji tenaga kira-kira pukul 6 pagi (12 tengah hari waktu Malaysia) kerana kehabisan minyak.

Seorang wartawan AFP berkata, bekalan elektrik terputus di hampir semua kawasan di wilayah yang ditadbir oleh pergerakan Hamas itu.

Fathi el-Sheikh menyalahkan kerajaan sementara Mesir kerana memusnahkan terowong yang digunakan penduduk Gaza untuk membawa masuk minyak.

“"Kurang 50 peratus keperluan di Genting Gaza bergantung kepada bekalan elektrik dari Israel dan kami tidak boleh mendapatkan minyak dari rakyat Mesir ekoran tindakan Kaherah memusnahkan terowong.

“"Kami cuba mendapatkan minyak dari Israel melalui Pihak Berkuasa Palestin yang pro-Barat, namun mereka mengenakan cukai yang terlalu tinggi," katanya. - AFP

Artikel Lain