suria

Agen Keselamatan Mati Ditembak Di Lapangan Terbang LA, Enam Cedera

Penumpang yang terkandas menunggu di luar Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles akibat pembatalan dan penangguhan penerbangan ekoran tindakan seorang lelaki bersenjata yang telah melepaskan tembakan rambang, di Los Angeles, Jumaat. Dalam kejadian itu, seorang agen keselamatan terbunuh dan tujuh yang lain tercedera. -foto AFP

LOS ANGELES: Seorang lelaki bersenjata, pada Jumaat telah bertindak menyerbu masuk ke dalam terminal yang sesak di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles dan melepaskan tembakan, membunuh seorang ejen keselamatan dan mencederakan enam yang lain sebelum dia ditembak dan ditangkap, kata pihak berkuasa.

Tembakan di Terminal 3 itu mencetuskan panik dan huru-hara di salah sebuah lapangan terbang paling sibuk di dunia, dengan penumpang melarikan diri atau berlindung di belakang rak bagasi ketika polis memberi amaran kepada pelancong dan mereka segera dipindahkan terminal.

Penerbangan pelepasan dibatalkan dan pesawat ketibaan telah dialihkan ke lapangan terbang lain, manakala jalan-jalan di sekitar lapangan terbang telah ditutup menyebabkan kesesakan trafik berlaku.

"Seorang individu datang ke Terminal 3 lapangan terbang ini, menarik keluar senapang dan mula melepaskan tembakan di terminal," Ketua Polis Lapangan Terbang Los Angeles, Patrick Gannon memberitahu satu sidang akhbar.

Gannon berkata lelaki bersenjata, yang muncul dan bertindak bersendirian itu berjaya melepasi pintu pemeriksaan dan kawasan medan selera di mana pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang mengesannya dan dia ditembak sekurang-kurangnya sekali dan kini ditahan. Keadaannya tidak jelas.

Jurucakap FBI mengenal pasti suspek, Paul Anthony Ciancia, 23 tahun, seorang penduduk di kawasan Los Angeles.

Beberapa pertubuhan berita melaporkan bahawa Ciancia juga mempunyai keluarga di New Jersey, dan pihak polis di sana telah menjalani waran geledah di rumah tempat dia membesar di Pennsville.

Artikel Berikut

Artikel Lain