suria

Aquino Yakin Tamatkan Pemberontakan Puak Pemisah Islam

MANILA: Presiden Filipina, Benigno Aquino menaruh keyakinan beliau mampu menamatkan pemberontakan pemisah Islam di wilayah selatan sebelum meletak jawatan pada 2016.

Kerajaan berharap untuk memeterai perjanjian damai akhir bersama Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) pada tahun ini, namun rundingan itu menjadi buntu.

Ketika menjawab satu soalan pada forum koresponden asing, sama ada beliau yakin dapat menyelesaikan proses itu menjelang pertengahan 2016, Aquino menjawab, `ya’, dan menambah kata, beliau memilih kelewatan, berbanding perjanjian dibuat secara tergesa-gesa dan `cacat’. - AFP

Artikel Lain