suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kekuatan Taufan Raymond Semakin Lemah

ZIHUATANEJO, Mexico: Hujan lebat yang dibawa Taufan Raymond menenggelamkan beberapa kawasan yang terjejas teruk akibat banjir pada bulan lalu.

Jabatan kaji cuaca Mexico berkata, kekuatan taufan itu semakin lemah dan tidak akan menghampiri kawasan darat.

Pelabuhan dan beberapa sekolah masih ditutup di bandar peranginan, Acapulco yang terjejas akibat ribut tropika pada pertengahan September lalu.

Bandar yang terkenal sebagai hab pengangkutan iaitu Lazaro Cardens turut ditutup.

Hujan yang melanda kawasan pesisir pantai menyebabkan runtuhan kecil di kawasan bukit di Acapulco tetapi tiada sebarang kerosakan dilaporkan.

Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat menurunkan risiko Taufan Raymond kepada kategori 1.

"Kekuatan taufan itu semakin lemah dan diklasifikasikan sebagai ribut biasa pada Rabu," menurut pusat itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain