suria

Gabenor Jakarta Akui Usahawan Masih Hadapi Kesukaran Melabur Di Indonesia

JAKARTA: Gabenor Jakarta Joko Widodo yang mesra dengan panggilan Jokowi, mengakui penguasa masih menghadapi kesukaran untuk melabur di Indonesia, termasuk di peringkat mendapatkan kelulusan pihak berkuasa, selain kurangnya kemudahan infrastruktur.

Bagi mengatasi masalah itu, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Naib Presiden Indonesia Boediono minggu lepas.

"Yang terakhir kita bincangkan dengan Boediono ialah memudahkan proses menjalankan perniagaan di Indonesia," kata Jokowi di sini.

Laporan Indeks Kemudahan Berniaga 2013 yang dikeluarkan oleh Bank Dunia baru-baru ini menyenaraikan Indonesia pada kedudukan ke-128, di bawah Ethiopia, daripada sejumlah 183 negara di dunia.

Dalam laporan itu, Singapura menduduki tempat pertama, manakala Malaysia di tempat ke-12. - BERNAMA

Artikel Lain