suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Maut, 435 Bangunan Rosak Gempa Bumi Di Aceh

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 435 bangunan termasuk rumah dan bangunan kemudahan awam rosak akibat gempa bumi berkekuatan 5.6 pada skala Richter menggegarkan Aceh, pada Selasa.

Pihak berkuasa berkata, seorang penduduk dilapor meninggal dunia akibat serangan jantung semasa gempa yang berlaku pada tengah hari itu.

Gegaran kuat gempa bumi selama lapan hingga 10 saat itu yang dirasakan di beberapa daerah dan bandar di Aceh, menyebabkan penduduk cemas dan keluar bertempiaran dari rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Pusat gempa di daratan yang berkedalaman 10km itu, ialah di 16km ke Barat Daya daerah Aceh Besar atau 32km ke Tenggara Kota Banda Aceh.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, tiga daerah kecil iaitu Tangse, Mane dan Geumpang, dalam daerah Pidie terjejas teruk akibat kejadian gempa itu.

Data menunjukkan di Tangse, seorang penduduk bernama Pidie meninggal dunia akibat serangan jantung, tiga cedera, manakala bangunan rosak melibatkan 368 rumah, sembilan masjid, 13 sekolah, dua jambatan serta tiga pejabat kerajaan.

Pihak berkuasa menghantar pasukan bantuan ke kawasan terjejas untuk menangani bencana itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain