Seorang Terkorban, Lebih 40 Cedera Kilang Gula-Gula Meletup Di Mexico - Dunia | mStar

Seorang Terkorban, Lebih 40 Cedera Kilang Gula-Gula Meletup Di Mexico

CIUDAD JUAREZ (Mexico): Satu letupan kuat, pada Khamis, menggegarkan sebuah kilang gula-gula milik Amerika Syarikat (AS) di utara Mexico, membunuh seorang mangsa dan mencederakan lebih 40 yang lain.

Pasukan penyelamat sedang mencari mangsa yang lain, menurut pegawai.

Kira-kira 900 orang sedang bekerja di kilang Blueberry apabila letupan berlaku pada awal petang di Ciudad Juarez, sebuah bandar yang bersempadan dengan Texas, kata pegawai.

Asap berkepul dilihat keluar dari bangunan itu yang terletak di taman perindustrian, manakala sebelah dinding runtuh dan serpihan simen yang pecah bertaburan di seberang jalan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Taufan Haiyan Landa Filipina

Artikel Lain